Kejadian dan kitaran Gerhana_matahari

Laluan Gerhana Matahari Penuh: 1001–2000. Imej ini telah digabungkan daripada 50 imej yang berasingan daripada NASA.[16]

Gerhana matahari penuh adalah peristiwa yang jarang berlaku. Walaupun ia berlaku di mana-mana tempat di Bumi setiap 18 bulan secara purata,[17] telah dianggarkan bahawa gerhana matahari penuh ini hanya berulang di satu-satu tempat tertentu hanya sekali setiap 370 tahun, secara purata. Gerhana penuh hanya berlaku selama beberapa minit di lokasi itu, kerana umbra Bulan yang bergerak ke arah timur melebihi 1700 km/h. Kepenuhan tidak boleh bertahan lebih daripada 7 min 31 s, dan biasanya lebih pendek: pada setiap alaf (1000 tahun) terdapat biasanya kurang daripada 10 gerhana matahari penuh yang melebihi 7 minit. Kali terakhir ini berlaku adalah pada 30 Jun 1973 (7 min 3 saat). Pencerap di atas kapal pesawat Concorde dapat memanjangkan tempoh kepenuhan itu kepada kira-kira 74 minit dengan terbang di sepanjang laluan umbra Bulan. Gerhana berikut yang melebihi tempoh tujuh minit tidak akan berlaku sehingga 25 Jun 2150. Gerhana matahari penuh paling lama dalam tempoh 8000 tahun dari 3000 SM hingga 5000 AD akan berlaku pada 16 Julai 2186, apabila kepenuhan akan bertahan selama 7 min 29 s.[18] Sebagai perbandingan, gerhana yang paling lama pada abad ke-21 berlaku pada 22 Julai 2009 dan berlangsung selama 6 min 39 saat.

Jika tarikh dan masa sebarang gerhana matahari diketahui, adalah tidak mustahil untuk meramalkan gerhana yang lain menggunakan kitaran gerhana. Dua kitaran tersebut adalah Saros dan juga Inex. Kitaran Saros mungkin kitaran gerhana yang paling terkenal dan salah satu yang paling tepat. Kitaran Inex sendiri ialah suatu kitaran yang kurang tepat, tetapi ia adalah sangat mudah dalam pengelasan kitaran gerhana. Selepas kitaran Saros selesai, kitaran Saros baru bermula satu Inex kemudian, lalu muncul namanya: in-ex. Satu kitaran Saros berlarutan 6,585.3 hari (lebih kurang 18 tahun), yang bermaksud bahawa selepas tempoh ini gerhana yang dikatakan sama akan berlaku. Perbezaan yang paling ketara adalah akan berlaku anjakan 120° pada longitud (disebabkan oleh 0.3 hari) dan sedikit pada latitud. Satu siri Saros sentiasa bermula dengan gerhana separa berhampiran salah satu kawasan kutub Bumi, kemudian beralih seluruh dunia melalui satu siri gerhana anulus atau penuh, dan berakhir di kutub yang bertentangan. Satu siri Saros berlangsung hingga 1226-1550 tahun dengan 69-87 gerhana, dengan kira-kira 40 hingga 60 gerhana pusat.[19]

Perkalaan setahun

Gerhana matahari boleh berlaku 2 hingga 5 kali dalam satu tahun takwim. Sejak kalander Gregorian digunakan pada tahun 1582, tahun yang mempunyai lima kali gerhana matahari berlaku pada tahun 1693, 1758, 1805, 1823, 1870, dan 1935. Ulangan berikutnya akan berlaku pada 2206.[20]

Sebagai contoh 5 gerhana matahari pada tahun 1935 adalah:

5 Januari3 Februari30 Jun30 Julai25 Disember
Separa
(selatan)
Separa
(utara)
Separa
(utara)
Separa
(selatan)
Anulus
(utara)

Saros 111

Saros 149

Saros 116

Saros 154

Saros 121

Kepenuhan akhir

Gerhana matahari pada umumnya adalah peristiwa yang terlampau jarang dalam alam semesta. Ia dilihat di Bumi kerana gabungan keadaan alami secara kebetulan. Walaupun di Bumi, gerhana dari jenis yang biasa kepada kita hari ini adalah fenomena sementara (pada skala masa geologi). Berjuta-juta tahun sebelum ini, Bulan terlalu dekat dengan Bumi dan menutup laluan Matahari sepenuhnya seperti yang berlaku semasa gerhana hari ini; dan berjuta-juta tahun pada masa akan datang, Bulan akan menjadi terlalu jauh untuk berbuat demikian.

Akibat pecutan pasang surut, orbit Bulan mengelilingi Bumi menjadi kira-kira 3.8 cm lebih jauh setiap tahun. Adalah dianggarkan bahawa dalam 600 juta tahun, jarak dari Bumi ke Bulan akan telah meningkat sebanyak 23,500 km, yang bererti bahawa Bulan tidak lagi akan dapat benar-benar meliputi cakera Matahari walaupun apabila Bulan berada pada perigee, dan Bumi di aphelion.[21]

Satu faktor yang merumitkan ialah Matahari juga membesar dalam skala masa ini. Ini lebih menjadikan bahawa Bulan tidak mungkin akan dapat menyebabkan gerhana penuh. Maka, gerhana matahari penuh terakhir di Bumi akan berlaku dalam kurang daripada 600 juta tahun.

Rujukan

WikiPedia: Gerhana_matahari http://users.online.be/felixverbelen/catzeute.htm http://www.fourmilab.ch/images/peri_apo/ http://www.bareket-astro.com/eclipse/Camera2.html http://bmj.bmjjournals.com/cgi/content/full/319/72... http://www.bostonleadershipbuilders.com/herodotus/... http://www.bostonleadershipbuilders.com/herodotus/... http://www.bostonleadershipbuilders.com/herodotus/... http://www.britishbattles.com/zulu-war/isandlwana.... http://www.earthview.com/tutorial/causes.htm http://www.eclipse-chasers.com/eclphot.htm